Tuesday, September 10, 2013

Shaklee OsteMatrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Fungsi OsteMatrix?

1) Mengandungi kalsium yang membantu dalam menguatkan tulang dan gigi 
2) Pengambilan yang konsisten mampu menghalang dan mencegah osteoporosis
3) Kalsium juga mampu menghalang cramp/simpul biawak/kekejangan otot terutamanya bagi ibu mengandung
4) Magnesium yang terkandung di dalam nya membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain
5) Vitamin D yang terdapat di dalamnya pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing yang dikenali dengan batu karang.

Siapa yang memerlukan OsteMatrix?

* Anda yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid
* Anda yang bekerja dan sering keletihan untuk kekal bertenaga dan bersemangat 
* Anda ibu mengandung, membantu mengelakkan kekejangan/cramp/simpul biawak dan sakit tulang belakang.
* Anda seorang ibu yang menyusu, membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik
* Anda seorang wanita, membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
* Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, membantu memberi kepadatan kepada tulang untuk mengampu tubuh badan anda


Kesan kekurangan Kalsium?

* Osteoporosis/pereputan tulang
* Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
* Sukar tidur (Insomnia)
* Usus menjadi lemah dan sering sembelit
* Sakit pinggang, belakang dan kaki
* Cepat naik angin dan mudah terkejut
* Luka susah sembuh, darah lambat beku
* Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
* Menurunkan kadar metabolisme
* Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
* Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
* Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

No comments:

Post a Comment